Thursday, January 31, 2013

Aku tak harap sepenuhnya sempurna.


nampak perempuan cun

WAW ! GLURPP ..

nampak lelaki kacak jambu

WAW ! GLURPP ..

nampak beg cantik

WAW NAK BELI !

itulah lumrah manusia, nak semua cantik, nak semua lawa dan nak semua serba sempurna. aku manusia, aku pon rasa macam tu. nak semua lawa, good quality and so on. korang manusia jugak kan, kalau tak rasa macam tu korang bukan manusia ( sila tengok kaki jejak tanah ke tak?)

aku....

diri aku pon aku mengaku tak sempurna, yes aku and bukan kau, aku ye.

dia..

yang aku kenal hampir 2 tahun, mungkin tak berapa lama and tak berapa baru jugak. walaupun baru 2 tahun aku rasa macam lebih dari 2 tahun kami kenal. aku tak mengharap yang sangat sempurna dari dia. sungguh ku akui. aku tak ambil port siapa dia dulu and macam mana dia dulu. apa yang aku tau, dia adalah dia sekarang.
cukup sekadar menerima aku seadanya secara ikhlas dah memadai, dah cukup bahagia.

walaupun umur aku tak berapa matang dalam hal ni tapi aku banyak fikir banyak hal secara mendalam yang orang tak mungkin tahu dan mungkin jugak dia tak pernah terfikir yang aku akan fikir.tapi itulah aku.
orang mungkin nilai aku secara luaran je, "ouh budak2 je, ouh budak ni budak biasa yang skema, ouh budak ni budak mentah je, apa je yang dia tau".
tak kisah pon, orang tak kenal aku, takkan tahu siapa aku sebenarnya.

tujuan aku post coretan ni adalah menyatakan yang aku tak berharap seratus peratus kesempurnaan seseorang. apa yang aku harap adalah seseorang yang cuba sedaya upaya untuk menjadi lebih sempurna.





wasalam .


Tenkiu reading . korang bertambah comel bila baca entry tadi :)

No comments:

Post a Comment