Assalamualaikum dan Selamat Petang !
hye kengkawan!
hari ni heaven sangat sebab:
yang pertama: Test CTU cancel
yang ke-2: kelas malam yang beroperasi pukul 8 malam sampai 10 malam pon cancel.
YEAHHHHH!
hehe. so, hari ni kelas sampai pukul 5 petang saja. kelas petang habis Tasyah terus balik rumah.
selesai solat asar, Tasyah ingatkan nak tidur rehat-rehat kan badan. tapi... teringat pulak apa yang papa pesan, "kalau kita tidur time petang atau asar, itu maknanya kita mengundang penyakit atau pape. Bukan itu je, kalau kita tidur lepas solat subuh pon, itu maknanya kita menutup pintu rezek. so, rezeki susah nak masuk"
itulah bunyi pesanan papaku. hehe. lagi satu perasan tak kalau kita tidur petang samada sekejap ataupun lama, then kita bangun sebelum maghrib ataupun waktu maghrib kepala kita akan pening. so, tak elok lah tidur masa asar.
tapi bukan itu main point Tasyah update blog ni. hehe.
___________________________________________
betul orang kata
"KAWAN MUDAH KITA NAK CARI AND RAMAI KAWAN AKAN KAWAN DENGAN KITA, TAPI KAWAN RAPAT, KAWAN SEJATI YANG BERNAMA SAHABAT, SANGAT-SANGAT SUSAH KITA NAK DAPAT"
kenapa?
kita tak pandai cari kawan? atau kita salah pilih kawan?
kawan senang gila nak cari. pergi warung depan je dah boleh dapat kawan, kadang2 dalam tandas pon dah boleh dapat kawan.
"kawan boleh pergi, kawan boleh datang"
kenapa istilah tu wujud?
Tasyah sendiri pon so far, hanya sorang sahaja yang Tasyah gelar sebagai SAHABAT dari ramai-ramai kawan yang pernah berkawan dengan Tasyah selama 20 tahun Tasyah hidup. Punya susah nak cari sahabat.
ni ada yang baru 2, 3 bulan rapat dah digelar "kami sahabat sampai mati", "besfriend forever" dan sebagainya. lepastu tak sampai setahun dah berpisah masing2 bawak diri and dah ada kawan lain. kenapa tu?
itulah maksud "kawan boleh pergi, kawan boleh datang" at any time.
time senang je rapat, time susah?? mana pergi nilai seorang kawan??
or kadang2 ade jugak kes mula-mula kawan nampak serasi, then 2, 3 bulan kemudian nampak macam tak serasi. perangai si A si B tak suka atau perangai si B si A tak suka. macam tulah ceritanya.
Ya Allah, betapa susahnya nak dapat kawan yang menyenangkan, kawan yang sangat memahami diri kita dan kawan yang sangat2 pandai menjaga hati kita. sangat susah! ada pon kita je selalu jaga hati dia. hati kita?? masa tu mulalah hilang sabar then slowly kita jauhkan diri kita dari dia.
so far, sahabat saya Salwina Binti Faizhar yang kami kenal sejak darjah 6 lagi sampailah sekarang lah manusia yang Tasyah sangat2 sayang. dialah sahabat dunia akhirat Tasyah. tak pernah lupa Tasyah. every year dialah antara kawan yang sibuk2 nak bagi hadiah,nak jumpa Tasyah sempena birthday Tasyah even kita orang dah berpisah negeri (atas sebab stduy). every year tau! dialah sahabat yang sangat memahami. alhamdulillah.
Sekian.
*ade jugak kawan yang jenis kawan makan kawan. so, jangan letak 100% kepercayaan kita dekat mereka. kadang-kadang dialah penfitnah yang terhebat dibelakang kita. beware :)