Friday, September 16, 2011

Sebab Allah Tentukan Hubungan Kita Dengan Si Dia Putus Di Tengah Jalan .



setiap orang menginginkan hubungan cinta mereka berakhir dengan pernikahan dan dirai dengan pelamin yang indah bagai kayangan, direka khas untuk meraikan pasangan yang diberkati Allah, Rasul serta Malaikat .

tapi kita tak boleh melawan takdir Allah yang menentukan jodoh kita dengan siapapon . kita hanya mampu merancang tapi Dia yang tentukan segalanya . kerana ada yang sudah menyulam cinta bertahun-tahun, tapi putus begitu sahaja . ada yang sudah mengikat tali pertunangan, juga menerima nasib yang sama . 

Tahukah anda, ada hikmah yang Allah sediakan disebalik semua kejadian pahit ini .

1. Allah sayangkan kita
2. Allah sudah sediakan insan yang lebih baik berbanding sebelumnya untuk kita .
3. Allah sudah sediakan insan yang benar-benar setaraf dengan kita .
4. Allah memberi ruang untuk kita bermuhasabah diri .
5. Allah memberi ruang kepada kita untuk memperbaiki diri .
6. Allah memberi ruang kepada kita untuk menyempurnakan urusan dunia dan akhirat yang kita banyak tinggalkan kerana terlalu focus dengan cinta .
7. Allah mahu mematangkan kita .

Allah bukan kejam menentukan hubungan kita berakhir dengan pengakhiran yang menyeksakan . Dia tahu untuk menyediakan yang terbaik untuk hamba-hambaNya .

Jadi, tak perlulah kita meraung , mengasingkan diri atau mencederakan diri sendiri hanya kerana ditinggalkan, diputuskan, dicurangi atau sebaliknya . kejadian ini just mahu kita lebih matang untuk memilih pasangan seterusnya . Allah sudah tentukan segala-segalanya sejak dialam perut ibu lagi . termasuklah jodoh kita . cuma kita belum jumpa dia . percayalah, anda akan bertemu beliau satu hari nanti . andalah yang tercipta dari tulang rusuk beliau / beliaulah tulang rusuk anda yang hilang tu . 

Sekian .

Tenkiu reading . korang bertambah comel bila baca entry tadi :)

No comments:

Post a Comment