Assalammualaikum .
aku just nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Adha .
hari demi memperingati pengorbanan nabi ibrahim 'mengorbankan' / 'menyembelih' anaknya nabi ismail .
yang mana suruhan itu diperintahkan oleh Allah swt .
mana mungkin seorang ayah sanggup menyembelih anaknya ??
oleh kerana ketaatan nabi ibrahim terhadap Allah swt . nabi akur dan lakukannya dengan seikhlas hati semata-mata kerana Allah .
anaknya nabi ismail bersedia menjadi korban kerana itu adalah perintah dari Allah swt .
wajib bagi nabi ismail untuk laksanakan .
kagum dengan pengorbanan kedua-dua nabi ini .
terlepas dari hasutan syaitan waktu itu .
malaikat pada waktu itu tersungkur bersujud kepada Allah swt kerana melihat ketaatan nabi ibrahim dan nabi ismail .
masyaallah . . . .
kalau zaman sekarang ?
nak patuh perintah Allah yang lima tu pon susah .
tak perlu tumpahkan darah pon .
astaghfirullahalazim . . . .
hurmmm . . . .
akhirnya,
Allah menggantikan nabi ismail dengan seekor kibas untuk disembelih .
sehinggalah sekarang amalam itu diperteruskan setiap kali tibanya Aidil Adha .
disusuli dengan ibadah haji .
semoga kita dapat meneladani kesabaran , ketaatan serta pengorbanan ke jalan kebaikan yang telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim AS dan keluarganya .
AMIN .
Wasalam .
Sekian .
p/s: pada Hari Raya Aidil Adha disunatkan menyembelih binatang an'am atau binatang halal dimakan , mempunyai empat kaki dan tiada taring seperti kambing, kibas, rusa, kuda, unta, lembu dan kerbau .
No comments:
Post a Comment